Episod 4 : Persoalan - Saf Solat Ketika Berjamaah


salam ukhuwah!

maaf atas ketidak update an blog ini. jadi entri pada kali ini bertujuan untuk membersihkan blog ini daripada terus terbiar begitu saja.

pada entri saya pada kali ini, saya ingin mengetengahkan satu persoalan yang tiba tiba terlintas di fikiran.

soalan:

mana yang lebih afdhal dalam berjamaah, kita mengutamakan orang yang lebih tua berada di saf yang pertama ataupun kita berebut rebut untuk ke saf yang pertama?

setelah mengkaji, meneliti dan bertanyakan pada beberapa hamba Allah mengenai persoalan di atas, saya mendapati bahawa berebut rebut untuk ke saf pertama adalah lebih afdhal berbanding kita mengutamakan orang yang lebih tua berada di saf yang pertama. perkara ini bertepatan dengan sebuah hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra:

sekiranya seluruh manusia mengetahui apa (kelebihan) yang ada di dalam panggilan azan dan memenuhi saf paling depan kemudian mereka tidak akan berjaya mendapatkannya kecuali mereka terpaksa mengundi untuk mendapatkannya, pasti mereka akan berlumba lumba mengundi.

[hadis riwayat Bukhari]

sabda Rasulullah saw dalam riwayat yang lain:

sebaik baik saf lelaki ialah yang paling depan dan yang terburuk ialah yang paling akhir. manakala sebaik baik saf wanita ialah yang paling akhir dan yang terburuk ialah yang paling depan.

[hadis riwayat Muslim]


menurut Aisyah ra, Rasulullah saw bersabda:

sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas orang yang berada di saf sebelah kanan

[hadis riwayat Ibn Majah]

Jabir bin Samurah ra berkata: Rasulullah saw telah keluar (untuk solat) bersama kami lalu Baginda bersabda:

tidakkah kamu ingin berbaris sebagaimana saf para malaikat di sisi TuhanNya? kami bertanya: bagaimanakah para malaikat membuat saf ketika berada di sisi Tuhan mereka wahai Rasulullah? jawab Baginda: menyempurnakan saf pertama dan amat rapat ketika berada dalam saf.

[hadis riwayat Muslim]


sabda Rasulullah saw:

sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat kepada orang orang yang berada di saf pertama. para sahabat bertanya: ya Rasulullah, bagaimana dengan yang kedua? Baginda bersabda: sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat kepada orang orang yang berada di saf yang pertama. para sahabat bertanya lagi: ya Rasulullah, bagaimana dengan yang kedua? Rasulullah menjawab: ya, juga bagi saf kedua.

[hadis riwayat Ahmad]


inilah sebahagian hadis hadis yang menyatakan saf yang pertama sangat banyak fadhilatnya. jadi berebut rebut untuk ke saf yang pertama lebih baik daripada mengutamakan orang yang lebih tua berada di saf yang pertama. selain itu, dalam beribadah, kita digalakkan untuk mengutamakan diri sendiri terlebih dahulu kerana kita sepatutnya berebut rebut untuk mendapatkan ganjaran daripada Allah swt.

jadi cuba kamu hayati kesemua hadis hadis di atas dan menilai, mana yang lebih afdhal. ini cuma my point of view sahaja berdasarkan hadi hadis di atas. kamu boleh mengutarakan apa saja pandangan di ruangan ulasan. segala pandangan dan komentar amat dialu alukan.

 
 
 
 

Catat Ulasan 0 ulasan:

Catat Ulasan