Episod 4 : Persoalan - Saf Solat Ketika Berjamaah


salam ukhuwah!

maaf atas ketidak update an blog ini. jadi entri pada kali ini bertujuan untuk membersihkan blog ini daripada terus terbiar begitu saja.

pada entri saya pada kali ini, saya ingin mengetengahkan satu persoalan yang tiba tiba terlintas di fikiran.

soalan:

mana yang lebih afdhal dalam berjamaah, kita mengutamakan orang yang lebih tua berada di saf yang pertama ataupun kita berebut rebut untuk ke saf yang pertama?

setelah mengkaji, meneliti dan bertanyakan pada beberapa hamba Allah mengenai persoalan di atas, saya mendapati bahawa berebut rebut untuk ke saf pertama adalah lebih afdhal berbanding kita mengutamakan orang yang lebih tua berada di saf yang pertama. perkara ini bertepatan dengan sebuah hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra:

sekiranya seluruh manusia mengetahui apa (kelebihan) yang ada di dalam panggilan azan dan memenuhi saf paling depan kemudian mereka tidak akan berjaya mendapatkannya kecuali mereka terpaksa mengundi untuk mendapatkannya, pasti mereka akan berlumba lumba mengundi.

[hadis riwayat Bukhari]

sabda Rasulullah saw dalam riwayat yang lain:

sebaik baik saf lelaki ialah yang paling depan dan yang terburuk ialah yang paling akhir. manakala sebaik baik saf wanita ialah yang paling akhir dan yang terburuk ialah yang paling depan.

[hadis riwayat Muslim]


menurut Aisyah ra, Rasulullah saw bersabda:

sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas orang yang berada di saf sebelah kanan

[hadis riwayat Ibn Majah]

Jabir bin Samurah ra berkata: Rasulullah saw telah keluar (untuk solat) bersama kami lalu Baginda bersabda:

tidakkah kamu ingin berbaris sebagaimana saf para malaikat di sisi TuhanNya? kami bertanya: bagaimanakah para malaikat membuat saf ketika berada di sisi Tuhan mereka wahai Rasulullah? jawab Baginda: menyempurnakan saf pertama dan amat rapat ketika berada dalam saf.

[hadis riwayat Muslim]


sabda Rasulullah saw:

sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat kepada orang orang yang berada di saf pertama. para sahabat bertanya: ya Rasulullah, bagaimana dengan yang kedua? Baginda bersabda: sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat kepada orang orang yang berada di saf yang pertama. para sahabat bertanya lagi: ya Rasulullah, bagaimana dengan yang kedua? Rasulullah menjawab: ya, juga bagi saf kedua.

[hadis riwayat Ahmad]


inilah sebahagian hadis hadis yang menyatakan saf yang pertama sangat banyak fadhilatnya. jadi berebut rebut untuk ke saf yang pertama lebih baik daripada mengutamakan orang yang lebih tua berada di saf yang pertama. selain itu, dalam beribadah, kita digalakkan untuk mengutamakan diri sendiri terlebih dahulu kerana kita sepatutnya berebut rebut untuk mendapatkan ganjaran daripada Allah swt.

jadi cuba kamu hayati kesemua hadis hadis di atas dan menilai, mana yang lebih afdhal. ini cuma my point of view sahaja berdasarkan hadi hadis di atas. kamu boleh mengutarakan apa saja pandangan di ruangan ulasan. segala pandangan dan komentar amat dialu alukan.

 
 

Episod 3 : Adakah Kamu Masih Tidak Sedar?


lokasi: masjid darul ehsan, subang jaya
masa: selepas solat jumaat

imam: baik, selepas ini kita akan menunaikan solat sunat hajat khas untuk palestin.

seorang demi seorang bangun dan keluar dari masjid. mula mula dalam 4 - 6 orang, dan akhirnya berpuluh puluh jemaah keluar dari masjid.

saya agak terkilan dengan sikap mereka yang tidak concern dan ambil peduli akan hal ini, mengenai isu palestin. baik, mungkin mereka ada hal yang penting dan mesti diuruskan dengan segera, tapi mengapa pula ramai sangat yang keluar dari masjid dan tidak menunaikan solat sunat hajat tersebut? susah sangat ke nak tunaikan solat sunat hajat bersama sama? kita solat pun untuk saudara kita juga, bukannya kaum kufar laknatullah.

memang masa itu saya terasa agak terkilan dan kecewa. kecewa dengan sikap segelintir umat Islam yang tidak ambil peduli dan concern tentang isu palestin yang makin menjadi jadi ini. sekarang, tentera anjing zionis terus mara dan membunuh beratus ratus rakyat palestin dan majoriti yang syahid itu terdiri daripada golongan kanak kanak, wanita dan orang tua. tidak kesian ke?

lihat.


bayi ini baru saja dilahirkan, tapi telah dibunuh dan ditembak di kepala oleh tentera zalim zionis laknatullah ketika mereka menyerang semenanjung gaza. adakah kamu sekadar lihat saja? kamu lihat saja ke?


lihat ibu ibu ini. menangis kerana keluarga dan saudara mara mereka dibunuh dan ditembak oleh tentera israel laknatullah. adakah kamu masih tidak sedar lagi? sedarlah kamu semua.

wahai umat Islam sekalian, sedarlah. sedarlah. sedarlah. isu palestin ini merupakan isu yang serius bagi umat Islam. doakanlah kejayaan dan kemenangan rakyat palestin menentang dan melawan tentera anjing zionis yang berperilakuan seperti binatang itu. doa merupakan senjata orang Islam. mari bersama sama mendoakan kejayaan warga palestin.

dan lagi satu, mari bersama sama memboikot barangan barangan israel dan amerika syarikat yang bersekongkol memberi bantuan untuk membunuh, menembak dan menyembelih rakyat palestin. adakah anda tahu bahawa setiap kelengkapan ketenteraan seperti kereta kebal, peluru peluru dan senapang yang digunakan merupakan hasil keuntungan syarikat syarikat milik israel dan amerika syarikat. setiap keuntungan syarikat syarikat itu diberi kepada kerajaan anjing israel untuk membeli kelengkapan kelengkapan ketenteraan bagi membunuh rakyat palestin. adakah kamu tahu akan fakta ini?

[klik pada gambar untuk tatapan yang lebih jelas]

ini merupaka sebahagian barangan barangan dan syarikat syarikat milik israel dan amerika syarikat yang mesti diboikot oleh setiap orang Islam.

ayuh, sedarlah wahai muslimin sekalian. sedarlah. sudah berkali kali saya mengulangi perkataan 'sedarlah' dalam entri kali ini dan juga entri sebelum ini. rakyat palestin merupakan saudara seagama dan seakidah dengan kita. mereka saudara kita. takkan kita biarkan saudara kita hidup merana di bumi mereka sendiri. jadi, mari bersama sama mendoakan kemenangan dan kejayaan rakyat palestin melawan dan menentang tentera anjing zionis itu dan memboikot barangan barangan milik israel dan amerika syarikat.

HIDUP PALESTIN! ALLAHUAKBAR!

 
 

Episod 2 : Isu Palestin. Mana Peranan Kita?


salam ukhuwah!

saban hari kita mendengar dan membaca berita berita berkenaan isu palestin. tapi pernahkah kita berasa simpati terhadap mereka?

mereka ditembak, dibom, disembelih, dihalau dari rumah dan tanah mereka, dihina dan dicaci. tapi pernahkah kita berdoa untuk mereka?

mereka sentiasa hidup dalam kesusahan dan keperitan di bumi mereka sendiri. tapi mana sumbangan kita terhadap mereka?

wahai umat Nabi Muhammad saw sekalian, sedarlah. bukalah mata kamu sebesar besarnya. mereka juga saudara kita, saudara seislam dan seagama dengan kita.

lihat gambar gambar ini.


saudara kita ini ditembak dan dibunuh dengan kejam. tapi apa perasaan kita bila melihat gambar ini? mereka juga merupakan saudara kita. sedarlah.


kanak kanak yang kecil ini dengan beraninya melawan kereta kebal tentera zionis. kalau diikutkan memang kanak kanak ini yang akan kalah. tapi dengan semangat juang dan jihadnya yang tinggi, dia berani melawan kereta kebal tersebut dengan hanya seketul batu. batu kecil tersebut sudah tentu tidak dapat melawan kereta kebal tersebut. lihat. kanak kanak kecil ini pun berani menentang penjajah zionis. kita?


cuba lihat gambar ini pula. kanak kanak ini pula duduk di hadapan rumahnya yang telah musnah. adakah kamu berasa simpati terhadap kanak kanak ini? dimanakah kanak kanak kecil yang tidak berdosa ini akan tinggal? kita hidup mewah di sini, tapi saudara saudara kita di palestin hidup merana. mana sumbangan kita? mana umat Islam sekalian?

wahai saudara saudaraku sekalian, bangkitlah. bangkitlah kamu dari lena yang berpanjangan. umat Islam mestilah bersatu menentang dan menghalau penjajah zionis yang tinggal dan menetap di bumi palestin. selemah lemah kita pun, berilah sumbangan kepada mereka dan mendoakan mereka. ingat, mereka juga merupakan saudara kita. cuba kamu bayangkan jika saudara saudara kita di palestin ini merupakan adik kita, adakah kamu biarkan saja adik kita itu ditembak, dihina, disembelih dan dihalau dari rumah? sudah tentu kamu akan membela hak adik kita, betul tak? jadi, samalah dengan situasi sekarang. kita sepatutnya membantu mereka dan membela nasib serta hak mereka.

sabda Rasulullah saw:

barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang hal ehwal umat Islam maka dia bukanlah dari umatku

maka, kita hendaklah mengambil berat tentang hal ehwal umat Islam yang ditindas di bumi mereka sendiri. Baitulmaqdis merupakan milik umat Islam. kita seharusnya mempertahankannya daripada dikuasai oleh anjing penjajah zionis.

yang terbaru, anjing penjajah zionis ini menyerang semenanjung gaza dan membunuh beratus ratus rakyat palestin di situ dan juga menyebabkan ribuan rakyat palestin cedera. adakah kita sekadar dengar dan lihat saja?


agak agaknya bilalah kanak kanak ini akan hidup dengan aman dan selesa tanpa gangguan dan penjajahan anjing zionis itu. mereka juga mahu hidup seperti kita di malaysia. aman, damai, harmoni dan selesa.


agak agaknya bilalah bendera palestin ini dapat berkibar dengan megahnya di bumi mereka sendiri. dan sampai bilalah negara mereka akan mengecapi kemerdekaan seperti negara kita.

dengan itu, saya menyeru saudara sekalian. ayuh,
berilah sumbangan kepada mereka dalam apa jua bentuk. sumbangan boleh diserahkan kepada badan badan bukan kerajaan seperti aman palestin. aman palestin merupakan salah satu badan bukan kerajaan yang aktif dalam memberi sumbangan kepada rakyat palestin di bumi baitulmaqdis.

selain itu, kamu juga boleh mendoakan mereka dengan doa qunut nazilah. doa qunut ini boleh dibaca dalam semua solat fardhu. jadi, janganlah malas malas untuk membacanya. ingat, rakyat palestin juga merupakan saudara kita.

doa qunut nazilah

[klik pada gambar untuk bacaan yang lebih jelas]


akhir kata, marilah bersama sama memberi sumbangan kepada rakyat palestin yang ditindas di bumi mereka sendiri dan mendoakan kejayaan mereka menentang penjajah zionis. kamu juga digalakkan untuk membaca doa qunut nazilah dalam setiap solat fardhu supaya Allah swt dapat menolong serta meringankan beban mereka. wallahua'lam.

wassalam.

 
 

Episod 1 : Salam Perkenalan


salam ukhuwah!

dengan lafaz bismillah, saya mengepost entri yang pertama dan seterusnya merasmikan blog saya yang kedua ini.

blog ini bukan seperti blog saya yang pertama. blog ini lebih berkisar tentang ilmu ilmu Islam dan pendapat serta pandangan saya tentang isu isu semasa yang berlaku pada hari ini. kita boleh lihat pada hari ini, ramai umat Islam tidak mempraktikkan amalan agama Islam sendiri dalam kehidupan seharian mereka. mereka merasakan bahawa Islam itu hanya sekadar solat, puasa, zakat dan haji, bahkan ada sesetengah daripadanya merasakan Islam itu cukup sekadar nama saja, tidak perlu melakukan semua ibadah tersebut atas dasar syafaat. mereka berpendapat bahawa Nabi saw akan memberi syafaat kepada mereka kerana mereka menganuti agama Islam, hanya pada nama saja dan tidak melaksanakan suruhanNya. adakah mereka tidak tahu bahawa Nabi saw pernah bersabda bahawa di dalam dunia ini Islam terbahagi kepada 73 golongan dan hanya 1 golongan sahaja yang diterima Allah.

sekadar perkongsian. bukannya mahu menuduh sesiapa. jadi, tujuan saya mengadakan blog baru ini cuma ingin berkongsi pendapat, pandangan, cadangan dan saranan saya sendiri dan juga para pembaca sekalian.

diharap segala silap dan salah sepanjang saya menulis blog ini dapat diperbetulkan kerana di dalam dunia ini tiada siapa yang perfect melainkan Allah swt dan setiap hamba hambaNya pasti pernah melakukan kesalahan dan kesilapan. semoga tujuan saya menulis blog ini disambut baik oleh para pembaca.

wassalam.